Rabu, 1 Mac 2017

Dalam Perancangan

Assalamualaikum

Memandangkan blog mengenai kamera ini dijalankan dengan dana yang terhad maka saya pun buat dengan apa yang saya mampu. Di masa terdekat ini akan saya kongsikan beberapa perbandingan di antaranya ialah

Analog :

Lomo vs Premier PC488



Digital Mirrorless

Fuji XE-1 vs XE-2

selain daripada perbandingan di antara kamera saya juga bercadang jika berkesempatan untuk memuatkan entri mengenai percubaan saya dengan beberapa kamera yang sempat saya cuba di antaranya ialah Sony A5100 di dalam tempat yang kurang cerah. Saya juga bercadang untuk memuatkan beberapa teknik fotografi di antaranya ialah double exposure dan mungkin beberapa lagi teknik lain di masa akan datang.

Buat masa ini itu adaah perancangan saya dalam masa terdekat ini semoga saya diberi kekuatan untuk berkongsi minat saya di dalam blog ini.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan