Khamis, 30 Mac 2017

Rabu, 29 Mac 2017

Rabu, 22 Mac 2017

Skrin Shot Untuk Mac

Assalamualaikum

Di entri ini ingin saya muatkan cara-cara skrin shot untuk mac. Walaupun cara itu boleh di google tetapi sebagai peringatan kepada diri saya juga jadi saya muat kan entri mengenai cara untuk skrin shot dengan mac.

Bagaimana untuk mengambil screenshot bahagian yang dipilih skrin anda

1.  Tekan Shift-Command-4.

2.  Pindah crosshair untuk di mana anda mahu untuk memulakan screenshot, kemudian    
     seret untuk memilih kawasan. ...

3.  Apabila anda telah memilih kawasan yang anda mahu, lepaskan tetikus atau butang      
     trackpad. ...

4.  Cari screenshot sebagai fail png pada desktop anda

Saya harap perkongsian ini bermanfaat

Sekian.

Isnin, 13 Mac 2017

Percubaan Pertama Mengunakan Dron

Assalamualaikum

Sudah agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini, sebenarnya agak sibuk juga dengan kerja harian dan juga mengumpul entri yang hendak diterbitkan.

Di entri ini ingin saya berkongsi pengalaman pertama mengunakan dron. Dron yang saya cuba ini adalah daripada model Dji Phantom 3 Pro.



Setakat ini sahaja.

Wassalam

Rabu, 8 Mac 2017

Naikkan Trafik Blog Bersama Hasrul Hassan

Assalamualaikum
Ada beberapa medium media sosial di masakini yang digunakan untuk menyampaikan cerita dan pengalaman, pemasaran, foto serta berbagai lagi tujuan. Saya masih setia mengunakan blog untuk tujuan pemasaran dan berbagai lagi pengalaman hidup.

Berblog ada juga berbagai teknik untuk menarik jumlah pengunjung ke blog kita. Salah satu caranya menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger yang lebih terkemuka. Jadi di sini saya ingin berkongsi segmen roketkan jumlah pengunjung oleh salah seorang blogger iaitu Tuan Hasrul Hassan. 


Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Cara penyertaan seperti yang dinyatakan di blog beliau. Banyak juga tips yang bermanfaat mengenai blogging di blog beliau.


Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam

Isnin, 6 Mac 2017

Video 5X Edit Di Dalam Adobe Clip

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya mencari beberapa apps untuk mengedit video di dalam Telefon Honor 5X saya dan saya rasa ingin mencuba apps Adobe Clip. Setelah beberapa ketika saya rasa ingin cuba mendokumentasikan perjalanan pulang mingguan ke rumah di Ipoh dalam bentuk video. Video yang saya rakamkan di dalam kereta yang bergerak jadi maaf kalau ada sedikit bergoyang.


Pada pendapat saya apps Adobe Clip ini agak mudah digunakan untuk mengedit video daripada telefon pintar cuma buat masa ini saya rasa ada banyak lagi fungsi yang boleh dioptimasikan daripada apps Adobe Clip ini.

Sekian buat masa ini.

Wassalam

Ahad, 5 Mac 2017

Entri Akan Datang

Assalamualaikum

Saya di sini memohon maaf atas kelewatan mengemaskinikan blog ini dengan entri terkini. Mengendalikan beberapa perkara secara serentak bukanlah mudah seperti yang saya sangkakan. Walau bagaimana pun saya  akan cuba juga menjadikan blog ini memberikan informasi mengenai kamera dan yang berkaitan dengan kamera.

Untuk entri yang mendatang saya ada 2 3 entri yang bakal saya muatkan iaitu hasil video Honor 5x, Adobe Clip, perbandingan di antara kamera Lomo vs Premier dan juga pengalaman pertama menerbangkan dron. Saya harap entri yang bakal saya muatkan akan memberikan informasi dan manfaat kepada pembaca blog ini.

Wasalam.

*Info gambar : DJI Phantom 3 Pro di ketinggian 60m

Khamis, 2 Mac 2017

Test A5100 + Helios


Assalamualaikum

Saya telah mencuba Sony A5100 berserta lensa Helios (melalui Zhong Yi Lens Turbo)

Agak sukar juga untuk melakukan focussing dengan lensa Helios & Sony A5100 ini pada mulanya namun tujuan saya melakukan eksperimen ini adalah untuk melihat kesan video bila berada di dalam keadaan yang agak kurang cerah dan bukanlah mengkaji ergonomik kamera A5100.

Walau bagaimanapun saya berpendapat jika inginkan juga Sony A5100 ini sebagai kamera video saya rasa ianya lebih sesuai sebagai kamera backup (pendapat peribadi saya).

Wassalam

Rabu, 1 Mac 2017

Teknik Fotografi : Double Exposure (Analog)


Assalamualaikum

Salah satu teknik fotografi yang boleh kita buat dengan kamera analog ialah teknik double exposure. Ianya adalah satu teknik di mana 2 atau 3 imej dirakam ke dalam satu frame. Saya sendiri pun tidak pasti ada berapa cara untuk teknik ini. Saya mengunakan cara rakam dahulu satu roll kemudian toll itu digulung dan dimuatkan semula ke dalam kamera.

Teknik ini agak mencabar juga bagi saya kerana dengan analog atau filem kita tidak boleh melihat gambar yang dirakamkan secara terus tetapi hanya boleh diketahui setelah roll filem itu diproses. Saya juga belum dapat memahirkan lagi teknik ini dan saya rasa saya masih banyak lagi percubaan perlu dilakukan.


Pada pendapat saya walaupun teknik ini boleh dilakukan di dalam photshop tetapi dengan mengunakan analog, ia akan memahirkan kita membuat pra bayangan apa yang kita ingin hasilkan.

Sekian sahaja entri untuk kali in.

Wassalam

Dalam Perancangan

Assalamualaikum

Memandangkan blog mengenai kamera ini dijalankan dengan dana yang terhad maka saya pun buat dengan apa yang saya mampu. Di masa terdekat ini akan saya kongsikan beberapa perbandingan di antaranya ialah

Analog :

Lomo vs Premier PC488



Digital Mirrorless

Fuji XE-1 vs XE-2

selain daripada perbandingan di antara kamera saya juga bercadang jika berkesempatan untuk memuatkan entri mengenai percubaan saya dengan beberapa kamera yang sempat saya cuba di antaranya ialah Sony A5100 di dalam tempat yang kurang cerah. Saya juga bercadang untuk memuatkan beberapa teknik fotografi di antaranya ialah double exposure dan mungkin beberapa lagi teknik lain di masa akan datang.

Buat masa ini itu adaah perancangan saya dalam masa terdekat ini semoga saya diberi kekuatan untuk berkongsi minat saya di dalam blog ini.

Wassalam